Friday, January 8, 2010

Makanan Untuk Kesihatan Jantung

INFO

JANTUNG Untuk Kehidupan adalah tema yang pernah diberikan kepada Hari Jantung Sedunia. Sejauh manakah kepentingan organ ini kepada manusia?
Jantung sebenarnya adalah organ utama dalam sistem kardiovaskular. Ia mampu berdenyut lebih daripada 3.5 bilion kali sepanjang kehidupan dan fungsi utamanya mengepam darah yang membekalkan oksigen dan makanan ke semua bahagian badan.

Dalam keadaan rehat, jantung berdenyut antara 60 hingga 90 kali seminit untuk orang dewasa manakala pada kanak-kanak antara 100 hingga 120 kali seminit.Semasa berdenyut, darah yang dipam dari seluruh badan pada kadar lima liter akan melalui jantung setiap minit. Tetapi apabila diperlukan, terutama semasa bersenam, jantung berupaya mengepam sehingga empat kali ganda jumlah itu.

Bagaimanapun, jika penjagaan jantung diabaikan seperti tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti senaman, pemakanan dan tekanan, boleh menyebabkan jantung berpenyakit.

Terdapat tiga panduan utama,iaitu:

1. Pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran serta mengurangkan pengambilan alkohol dan garam;
2. Pengambilan lemak tepu harus dikurangkan hingga 7%; dan
3. Makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Dalam satu kajian yang pernah dilakukan oleh The Harvard-based Nurses Health Study And Health Professionals Follow-up Study yang melibatkan 110,000 responden dalam tempoh 14 tahun telah merumuskan bahawa makanan sihat,terutamanya buah dan sayur boleh meminimakan risiko penyakit jantung.

Penyakit jantung mempunyai hubungan yang erat dengan pembuluh darah yang rosak disekitar bahagian jantung.Pembuluh darah yang rosak disebabkan oleh radikal bebas (molekul tak stabil) yang menyerang tubuh dari luar (pancaran sinar matahari, pencemaran, asap rokok dan sebagainya) dan dari dalam (metabolisme tubuh).

Molekulini akan mengalami satu tindakbalas (reaksi) berantai yang mengeluarkan berjuta-juta radikal bebas baru yang akan merosakkan protein, sel dan organ tubuh. Radikal bebas ini kemudiannya akan menimbulkan radang, perubahan degeneratif, penyakit dan penuaan diri yang awal dari sepatutnya.


Bacaan lanjut: Penyakit Jantung

MoreNiche

AdBrite

Your Ad Here
Big Apple Supplements LLC  (Zenerect)