Sunday, March 23, 2008

OBESITI

EduShop Malaysia :: Buy Educational Software Online!

OBESITI – Elak Makan Bukan Penyelamat



OBESITI bermaksud jumlah berat badan berlebihan akibat kandungan lemak yang tidak terkawal. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira peringkat usia. Dianggarkan sebanyak enam peratus rakyat Malaysia menghadapi masalah ini. Jika seseorang sudah mengalami masalah obesiti, secara automatik dia bakal berdepan dengan penyakit-penyakit berisiko tinggi seperti serangan jantung, diabetis, strok dan darah tinggi. Oleh itu, pengidap obesiti memerlukan pemantauan yang lebih dari sudut pemakanan, kesihatan dan sokongan.


Vitamin World

KLIK HEREApakah Punca Obesiti
Hampir sebahagian besar masalah obesiti berpunca daripada faktor luaran iaitu pemakanan. Pemakanan yang berlebihan, terutamanya makanan yang mengandungi kalori, lemak dan gula yang tinggi boleh menyumbang kepada masalah ini. Selain itu, sikap malas bersenam juga boleh menjadi penyebab. Apabila tubuh menerima makanan yang banyak, sepatutnya ia diimbangi dengan senaman yang berterusan.

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!


Kesibukan bekerja dan sikap malas melakukan aktiviti atau gerakan antara faktor yang boleh menyebabkan kegemukan dan obesiti. Hal ini lebih ketara jika pengidap bekerja di pejabat dan kurang melakukan aktiviti kecergasan.



Selain makanan, punca obesiti boleh juga disebabkan oleh ubat-ubatan. Amalan mengambil sesetengah ubat-ubatan seperti steroid atau ubat tradisional Cina tanpa pengawasan doktor boleh mengakibatkan berat badan bertambah. Steroid yang berlebihan boleh menyebabkan diabetis dan hipertensi.


Faktor genetik juga turut memainkan peranan besar di dalam masalah ini. Terdapat beberapa gen dalam tubuh yang menyebabkan berat badan berlebihan. Sindrom-sindrom seperti Prader-Willi, Laurence Moon Biedl dan sebagainya boleh mengakibatkan obesiti. Jika ibu atau bapa seorang yang obesiti, tidak mustahil anak atau generasinya akan datang turut mengalami masalah serupa.


JANTUNG MANUSIA
Munyukat Tahap Obesiti

Selain mengalami masalah berat badan berlebihan, tahap obesiti boleh diuji dengan cara berikut :


1. Jika ukuran wanita melebihi 88 sentimeter = risiko tinggi mendapat penyakit dan dikategori dalam golongan obesiti.
2. Bagi lelaki, jika ukuran melebihi 102 sentimeter = risiko tinggi untuk mendapat penyakit dan dikategori dalam golongan obesiti.

Obesiti
Secara terperinci, banyak implikasi yang akan timbul kesan daripada obesiti. Selain diabetis, sakit jantung, strok dan darah tinggi, banyak lagi penyakit serius yang boleh terjadi kerana masalah terlebih berat badan. Antara yang sering dikaitkan ialah kanser buah dada, kanser usus, gout, sakit sendi, masalah pernafasan (sindrom sleep apnea) dan masalah batu dalam hempedu. Bagi wanita pula, mereka mungkin mengalami kitaran haid yang tidak tetap dan masalah ketidaksuburan.




KLIK HEREEduShop Malaysia :: Buy Educational Software Online!

E-Kamus-Malaysia

No comments:

Post a Comment

Please write your comments!

MoreNiche

AdBrite

Your Ad Here
Big Apple Supplements LLC  (Zenerect)