Monday, March 30, 2009

KEPERLUAN VITAMIN

Keperluan Vitamin Kepada Keseimbangan Kesihatan Sepanjang Hayat

Kenapa perlukan vitamin dan ”mineral supplements”? Bagi orang-orang yang sihat, “supplements” (zat makanan tambahan) amat diperlukan untuk menghalang berlakunya pengurangan vitamin dan mineral atau garam mineral di dalam tubuh badan apabila diet pemakanan tidak mengikut keperluan ”nutrients” atau zat makanan. Pengambilan “supplements” membekalkan zat makanan yang mencukupi seperti yang diperlukan oleh sukatan diet. Kadar zat makanan yang dibekalkan akan membantu daya ketahanan (immune system) badan menghadapi “kedatangan” penyakit.

Kebanyakan orang akan menghadapi kekurangan satu atau lebih zat makanan (nutrient) yang disebabkan oleh pelbagai faktor atau alasan. Bagi kebanyakan orang Barat, dietb yang disediakan lazimnya adalah kurang dari yang sepatutnya bagi sesetengah vitamin dan mineral. Kajian terbaru di United States (US) mendapati sebahagian besar orang-orang di negara ini mengambil sedikit kalsium,magnesium,iron,zink dan kuperam serta magnesium.

BAHAN BACAAN TAMBAHAN:
Vitamin World
Shop By Brands
Nutritional Multivitamins
Personal Care
Free Healthnotes

Vitamin World
Vitamin World
Vitamin World
Vitamin World
Vitamin World

Friday, March 27, 2009

KESIHATAN OPTIMUM

Kesihatan optimum adalah berasaskan kepada EMPAT prinsip semula jadi, iaitu:


    1. Kerap bersenam
    2. Pemakanan yang baik
    3. Rehat yang cukup
    4. Sikap dan mental positif

Kesihatan yang baik meningkat mengikut masa dengan berasaskan prinsip-prinsip di atas yang diamalkan secara rutin dan tetap. Penjadualan aktiviti seharian amat penting diatur supaya kesihatan optimum dapat dicapai. Akan tetapi, terdapat juga soal-soal yang bercampur aduk yang berkaitan dengan penampilan diri supaya kelihatan cantik melalui program-program seperti menguruskan badan, melicinkan kulit muka dan sebagainya yang melibatkan bahan-bahan kimia dan kos yang tinggi. Ini semua merupakan suatu jalan pintas untuk mencapai kepuasan diri tetapi akan mendatangkan kesan sampingan dan jangka pendek. "Komitmen terhadap perubahan dalam tabiat gaya hidup akan membawa faedah jangka panjang untuk kesejahteraan hidup buat selama-lamanya."



Vitamin World
Vitamin World
Vitamin World
Vitamin World
Vitamin World

Sunday, March 15, 2009

FUNGSI JANTUNG DALAM TUBUH

PENYAKIT JANTUNG dalah pembunuh nombor satu di negara ini. Malah, kadar kematian akibat

PENYAKIT JANTUNG juga telah meningkat berkali ganda.


Secara amnya, kadar usia serangan jantung di kalangan masyarakat kita adalah jauh lebih muda, iaitu 57 tahun berbanding 65 tahun bagi penduduka negara lain.

Vitamin World
Vitamin World
Vitamin World
Vitamin World
Vitamin World

Tuesday, March 10, 2009

UBAT-PERLU NASIHAT DOKTOR



JANGAN TERPENGARUH DENGAN IKLAN

Penyakit ringan yang sering kita hidapi ialah demam, sakit kepala, sakit urat, senak perut dab sebagainya. Ia begitu mudah diatasi dengan memakan ubat yang boleh dibeli dari farmasi, klinik atau kedai ubat. Maka itu, kita amat bergantung kepada ubat walau pun penyakit ringan sedemikian boleh dipulihkan hanya dengan cara merehatkan diri.


Iklan ubat-ubatan juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kita untuk mempercayai "keajaiban"ubat-ubatan. Sebagai pengguna, kita sepatutnya perlu tahu tentang kesan ubat kepada tubuh badan sama ada ianya memudaratkan atau selamat untuk digunakan. Malah, yang paling merisaukan ialah anak-anak kecil juga kini sudah dibiasakan memakan ubat apabila badannya dirasakan kurang sihat.






Vitamin World
Vitamin World
Vitamin World
Vitamin World
Vitamin World

Wednesday, March 4, 2009

BUAH PINGGANG ROSAK



TANDA BUAH PINGGANG ROSAK

Apabila seseorang menghidap diabetes, ia menandakan buah pinggang mula mengalami kerosakan (diabetic nefropatik).Pemeriksaan atau penyeliaan buah pinggang secara berkala akan memberi peluang kepada anda mengesan tanda-tanda awal kerosakan buah pinggang dan membolehkan langkah-langkah pencegahan boleh diambil bagi melambatkan komplikasi (complicated).


Salah satu cara memeriksa kerosakan buah pinggang ialah melalui ujian mikroalbumin. Lazimnya, kehadiran "albumin" dalam air kencing adalah tanda awal keroskan buah pinggang. Albumin adalah sejenis protein dalam salur darah yang membantu sistem pertahanan daripada jangkitan,membekukan darah dan mengekalkan jumlah cecair yang beredar dalam badan.

Buah pinggang berperanan menapis keluar semua bahan-bahan kumuh daripada darah melalui rangkaian salur darah yang halus yang dinamakan kapilari.Bahan kumuh ini akan dikeluarkan melalui air kencing dan protein yang berguna seperti albumin tidak ditapis dan kekal dalam sarah. Akan tetapi, apabila buah pinggangmengalami keroskan, keadaan sebaliknya akan berlaku dimana bahan kumuh kekal dalam salur darah dan albumin akan keluar sebagai air kencing.

Pada peringkat awal kerosakan, hanya sedikit kuantiti albumin yang terlepas keluar bersama air kencing dan dipanggil mikroalbuminuria. Kerosakan buah pinggang yang berterusan akan menyebabkan kuantiti protein dalam air kencing meningkat dan dipanggil makroalbuminuria atau proteinuria.
Kandungan albumin yang banyak akan menyebabkan air kencing berbuih dan badan menyimpan banyak air sehinggakan tangan, kaki,muka dan abdomen menjadi bengkak.Akan tetapi, kemunculan simpton kerosakan buah pinggang mengambil masa yang lama.Ujian biasa tidak boleh mengesan makroalbuminuria dan ujian makroalbuminuria amat penting dijalankan. Kerosakan buah pinggang tidak boleh disembuhkan tetapi pemeriksaan bertujuan menyekat kerosakan yang seterusnya.
Bagi mereka yang mengalami makroalbuminuria, air kencingnya mengandungi 30-150 mg protein, mikroalbuminuria 500-1000mg, dan jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan kerosakan yang kekal dan pesakit terpaksa menjalani dialisis (pemindahan buah pinggang).

MoreNiche

AdBrite

Your Ad Here
Big Apple Supplements LLC  (Zenerect)